Halangan & Cabaran Buat Ibu Menyusu
1) Susu yang tak keluar sebaik sahaja melahirkan
Cabaran ni mmg rata2 ibu mengalaminya dan jarang ibu2 yang menyusu dapat menyusukan bayi sesudah kelahiran... Namun amalan, doa dan niat serta azam dan kekuatan, ibu2 dapat merasakan susu ibu keluar semasa mengandung lagi. saya Alhamdulillah dapat menyusukan shaura dan syaza sebaik sahaja kelahiran... Alhamdulillah... rezeki kita tak sama, tetapi DOA senjata yang amat berguna...
2) Nipple crack
Yang cabaran yg sangat menguji.. dialami ketika dalam pantang dan semasa baby menyusu terlalu kuat dan apabila baby dah tumbuh gigi awal... Biasanya 7 hari selepas breastfeeding baby kita akan alami nipple crack... memang kena tahan sakit dan kuatkan semangat nak susukan baby masa tu.. xde sapa yang dapat tolong, dan boleh mencuba ubat-ubatan dan cream utk lega kan sakit dan luka tu... sya juga alaminya dan memang kuatkan smangat dan x sapu apa2 ubat sbb saya yakin ianya hanya sementara sahaja...
3) Nipple tenggelam
Yang kadang-kadang dialami kerana faktor2 semula jadi... Masa mengandung lagi kita patut urut semasa mandi... dan nurse pun da cakap hal ni... untuk elakkan nipple mengecil dan tenggelam... tapi masalah ni boleh diselesaikan dengan mengepam susu atau memakai nipple sheild... ianya membantu.. namun kekuatan utk atasi masalah sebegini haruslah kuat dari ibu dan sokongan suami...
4) Kurang sokongan
Kurangnya sokongan dari keluarga terdekat dan orang sekeliling... Banyak info yang saya dapat, keluarga terdekat yang x menyokong breastfeeding contohnya suami, ibu, ibu mentua, kakak, ipar duai dan seumpamanya.. termasuk juga rakan sekerja dan org sekeliling... Orang yang berckap-cakp ni memang blh lemahkan semangat dan buatkan ibu2 menyusu tension... tapi fikir positif dan pekak kan telinga... untuk ahli keluarga, cari info2 pasal ilmu penyusuan moden, seprti cara pengedalian EBM, dan penyimpanan susu ibu, atau belikan buku Info pasal susu ibu dan ibu menysu yang bekerja... untuk pembacaan suami, ibu dan ibu mentua... Hal cakap2 org sekeliling lebih baik jgn amik kisah.. masuk telinga kanan keluar telinga kiri...
5) Kurang Ilmu dan Persediaan
Inilah cabaran utama bagi ibu menyusu... tidak ada ilmu dan persediaan utk susukan bayi.. akhirnya bila berlaku semua masalah yang saya senaraikan di atas, mula mengalah dan patah semangat.. Cari dan galilah ilmu.. jika malas membeli buku, cubalah cari masa, gunakan hujung jari utk cari ilmu breastfeeding... saya cari gali ilmu breastfeeding melalui facebook melalui Kumpulan Ibu2 Menyusu... dan blog2 ibu menyusu dan memanfaatkan penggunaakn browser search pada google sepenuhnya... tiada alasan untuk berjaya bagi orang berkehendak...
Usahalah selagi daya utk beri yang terbaik untuk si kecil... Kenapa org sangat war-war kan susu ibu.. ibu2 zaman dahulu pun susukan juga anak mereka, tapi xde rasa dan famous pun? sebabnya sekarang susu ibu ada persaingan dengan susu formula dan setelah kajian2 dibuat, ternyata, susu ibu lebih hebat dari susu formula... dan sedarlah, susu ibu anugerah semula jadi dari Allah, dan setiap ciptaan Allah ada kebaikannya...
0 comments:
Post a Comment